-->
Cik Siti
WELCOME.. CIK SITI IN THE HOUSE.. ♥ ^^


Get your own Digital Clock

Thursday, 18 April 2013

Exam Fever !

Assalamualaikum .


cepat - cepat ct ambik peluang yang ada , mencuri masa study yang kian suntuk untuk hadap belog yang tak comey mana nie . tudiaaa . nah ! ct kena demam peperiksaan akhir sekarang nie . sakitnya kemain menusuk sampai ke urat saraf medulla oblongata . hee . okeh tipu je lebih :D








esok dah start final exam ct untuk semester empat . agak nervous . menghafal bagai nak gila . terkumat kamit sehari suntuk mengurungkan diri dalam bilik . korban masa tidur , tapi masa untuk facebook tak pulak . jelas kesengalannya menghadap final exam untuk kali nie .

esok paper pertama untuk final nasib baik paper Business Communication . mohon bersyukur sangat ct sebab bukan paper ACCOUNT yang jadi paper first . -.- .

if tak confirm malam nie pulun study bagai nak gila sampai tercabut terus semua urat saraf otak medulla oblongata hang tuu . -.- . menghadap paper esok , so far so good . nak cakap sedia sepenuhnya takde laa . tapi sejujurnya boleh dikatakan 80 - 20 jee nak hadap paper nie . masih ade dua , tiga bab yang tak berapa nak ingat . orang lain boleh cakap alah , baru dua tiga bab . takde luak nya . okeh , mohon lempang beliau kuat - kuat .

hang tak hadap final exam boleh laa cakap ilek , blaa... blaa.. blaa... ct kat sini study bagai nak meroyan . okeh tipu . sekali lagi penggunaan hiperbola yang melampau . so , what ? ingat aii keshah ke ? bhaahaa . booo ct booo . :D

kembalik serius . sila baca dengan nada yang geram . ct dapat mesej dari kawan sorang nie .
" eh tak payah study la weh , meh join aku lepak - lepak ."

mak aiii , setannya beliau . haha . kan dah kena . aii elok - elok layan feel study dengan semangat pulun giat mara tahap melampau - lampau nie , wujud pulak manusia separuh setan kat sini . okeh penggunaan yang agak melampau , tapi kebiasaan bagi student di asrama Mawar . so , buat ilek sudah .

siang tadi kemain confident tahap mak limah sebelah umah promote produk kecantikan beliau , ct cakap kat membe kununnya dengan penuh semangat peperiksaan yang ade , ct nak setop facebook , setop twitter , dan setop wechat untuk malam nie dan yang sama waktu dengannya .

kununnye laaa . tapi hampeh . usai solat maghrib , menatang alah cik laptop yang awal dicari . cik handphone terjerit - jerit bagai nak gila , kunun nak bagi tau ade mesej wechat masok . hah ! terus keraskan hati tak nak reply semua mesej and walkie talkie . pejam mata rapat - rapat  , then pekak kan telinga .

nahhh ! dugaan sangat . cik masa pulak , tolong jangan tunjukkan kejelesan anda di hadapan saya . mohon untuk mencuri masa awak untuk lima minit nak update entri sengal nie . teeettt !

so , jangan lupa wish me luck . malam nie , nak tanamkan rasa cinta ct dengan penuh kasih sayang yang tak berbelah bahagi hanya untuk paper business communication jee . okeh tenkiu naaaa :)



terima kasih sudi baca :)



Posted by Unknown
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Tetamu Cik Siti

Pain will make people change
So, dont let this world change ur smile
Smile even if it hurt
Because miracles happen every day

Sumpahan Cik Siti


sometime god doesn't give you want what you think you want..not because you don't deserve it, but because you deserve it better..:)
2013

Cik Blog

Cik Siti
18 Mei 1990
Sweet 23
Kedah
Taken By : Teeetttt..????

Rutin Cik Siti

FACEBOOK
TWITTER
BLOGWALKING

Blog Archive

  • ▼  2013 (25)
    • ▼  April (10)
      • Exam Fever !
      • Dear Calculation
      • Encik Honda
      • Birthday Cik Ted
      • Wechatt
      • Stalker
      • Sepatang Bersama
      • Sometimes
      • Rumah Sewa
      • Berhabuk
    • ►  March (15)
  • ►  2012 (64)
    • ►  October (3)
    • ►  September (33)
    • ►  August (28)

Music










background