-->
Cik Siti
WELCOME.. CIK SITI IN THE HOUSE.. ♥ ^^


Get your own Digital Clock

Thursday, 18 April 2013

Exam Fever !

Assalamualaikum .


cepat - cepat ct ambik peluang yang ada , mencuri masa study yang kian suntuk untuk hadap belog yang tak comey mana nie . tudiaaa . nah ! ct kena demam peperiksaan akhir sekarang nie . sakitnya kemain menusuk sampai ke urat saraf medulla oblongata . hee . okeh tipu je lebih :D








esok dah start final exam ct untuk semester empat . agak nervous . menghafal bagai nak gila . terkumat kamit sehari suntuk mengurungkan diri dalam bilik . korban masa tidur , tapi masa untuk facebook tak pulak . jelas kesengalannya menghadap final exam untuk kali nie .

esok paper pertama untuk final nasib baik paper Business Communication . mohon bersyukur sangat ct sebab bukan paper ACCOUNT yang jadi paper first . -.- .

if tak confirm malam nie pulun study bagai nak gila sampai tercabut terus semua urat saraf otak medulla oblongata hang tuu . -.- . menghadap paper esok , so far so good . nak cakap sedia sepenuhnya takde laa . tapi sejujurnya boleh dikatakan 80 - 20 jee nak hadap paper nie . masih ade dua , tiga bab yang tak berapa nak ingat . orang lain boleh cakap alah , baru dua tiga bab . takde luak nya . okeh , mohon lempang beliau kuat - kuat .

hang tak hadap final exam boleh laa cakap ilek , blaa... blaa.. blaa... ct kat sini study bagai nak meroyan . okeh tipu . sekali lagi penggunaan hiperbola yang melampau . so , what ? ingat aii keshah ke ? bhaahaa . booo ct booo . :D

kembalik serius . sila baca dengan nada yang geram . ct dapat mesej dari kawan sorang nie .
" eh tak payah study la weh , meh join aku lepak - lepak ."

mak aiii , setannya beliau . haha . kan dah kena . aii elok - elok layan feel study dengan semangat pulun giat mara tahap melampau - lampau nie , wujud pulak manusia separuh setan kat sini . okeh penggunaan yang agak melampau , tapi kebiasaan bagi student di asrama Mawar . so , buat ilek sudah .

siang tadi kemain confident tahap mak limah sebelah umah promote produk kecantikan beliau , ct cakap kat membe kununnya dengan penuh semangat peperiksaan yang ade , ct nak setop facebook , setop twitter , dan setop wechat untuk malam nie dan yang sama waktu dengannya .

kununnye laaa . tapi hampeh . usai solat maghrib , menatang alah cik laptop yang awal dicari . cik handphone terjerit - jerit bagai nak gila , kunun nak bagi tau ade mesej wechat masok . hah ! terus keraskan hati tak nak reply semua mesej and walkie talkie . pejam mata rapat - rapat  , then pekak kan telinga .

nahhh ! dugaan sangat . cik masa pulak , tolong jangan tunjukkan kejelesan anda di hadapan saya . mohon untuk mencuri masa awak untuk lima minit nak update entri sengal nie . teeettt !

so , jangan lupa wish me luck . malam nie , nak tanamkan rasa cinta ct dengan penuh kasih sayang yang tak berbelah bahagi hanya untuk paper business communication jee . okeh tenkiu naaaa :)



terima kasih sudi baca :)



Posted by Unknown No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 16 April 2013

Dear Calculation

Assalamuaikum.


bercakap pasal calculation serta merta otak terus jatuh ke bawah . nampak tak di mana penggunaan hiperbola yang melampau - lampau tu ? sila bayangkan okeh . pejam mata rapat - rapat then bayangkan macam mane ct tengah buat calculation and tetibe otak terjatuh ? wuuu -.-

bercakap pasal calculation , honestly ct really dun like calculation damn much ! tak suka sangat . maybe masa mak ct mengandung dulu - dulu dia benci tengok calculator kot . haha . takde laaaa , tipuu jee . kalau mak dengar mest ct dah kena bash balik nie . ade pulak calculator yang di salahkan pulak . ngeee :D

semester kali nie ct kena hadap tiga paper yang bermain dengan calculation . dah nama pon budak account kan , ofkos laa ade calculation . kadang - kadang terfikir jugak , asal laa account nie nak kena kira - kira bagai . kalau menghafal kan senang . terserlah kesengalan tahap zimbakwe ketika memikirkan hal tersebut .

satu paper okey laa jugak if ade calculation sekalipon . ini tak , tiga paper ssekaligus nak kena hadap . tiga paper tau . sila baca dengan nada tinggi . orang mesti cakap alah ilek laa . baru tiga paper hadap calculation , aii sepuluh paper chill jee . okeh terus lempang sampai herot pipi beliau cepat - cepatt . nampak benor nipunye . cait !

untuk orang yang lembab , eh bukan lembab . selow , haa baru betul . okeh untuk orang yang selow dalam calculation macam ct , amatlah menjadi masalah besar . ct lagi suka menghafal dari buat calculation . sebabnya , yang pertama , if salah dalam pengiraan awal , ofkos laa pengiraaan yang di bawah dan sama waktu dengannya juga salah . kedua , rumus untuk calculation betul - betul buat otak ct bengang . satu dua rumus takpe lagi . nie satu bab je dah kemain banyak rumus nak kena ingat . silap rumus maka silaplah calculation .

so , hipotesis yang sesuai untuk merumuskan situasi berkenaan ialah , semakin banyak rumus dan nombor , semakin banyak pengiraan dan kesalahan yang di buat . pon boleh nak cakap macam tu . :P

hadap jee paper account sumpah sakit kepala ct . memang tak tau nak fokus on bab ape . even sir account awal - awal dah bagi hint pon still tak dapat nak tangkap ape yang masok dalam exam . okeh tepuk tangan untuk diri sendiri ct sebab mampu jujur di sini . wuuu

paper account untuk sir yang tua , ofkos laa buat  kepala ct migrain setiap masa , detik , minit , saat . hadap pulak paper account sir yang muda , ringan sikit beban . mana taknye . dia bagi hint sejibi yang masok dalam final . katanya , dia lagi risau tengok kiteorang student account tak dapat jawab . okeh nak puji , sir memang baik .:)

last paper yang ade calculation , costing . haaa nie lagi satu paper bikin tahap migrain ct naik mendadak . calculation banyak bapak kau nye . haha . sangat banyak . entah ape benda yang dia mencarut dalam calculation pon ct tak tau laa . even tak pernah skip kelas pon , err tak pernah ke ? pernah laa sekali dua , tapi ct still tak boleh nak ingat semua cara pengiraan untuk setiap bab dan tajuk yang ada . huh dugaan semester empat .

jumaat nanti exam dah start , ct kat sini study buku , study facebook . study buku study twitter . studdy blog study buku . macam dah jadi rutin wajib dah tuu . huhu

pape pon , susah macam mana sekalipon , ct dengan pulun giat mara tahap orang daki gunung everest nak sampai ke puncak , okeh tipu jee , penggunaan hiperbola terlebih melampau jee tuhh , akan try my best untuk tidak me ' repeat ' kan diri menghadap tiga paper berkenaan pada semester depan ,

wish me luck okey . mmuah ♥♥♥



terima kasih sudi singgah . :)
Posted by Unknown No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Encik Honda

Assalamualaikum .


entri nie memang saje - saje ct nak story . just a short entry about my friend , mr luqman danial a.k.a encik honda . bercakap pasal dia buat ct jadi takot dengan perangai manusia zaman sekarang nie . macam - macam perangai manusia yang kita boleh tengok , dan salah satunya perangai orang yang suka main santau - santau nie .

dari pemahaman ct , santau tergolong dalam amalan sihir . kepercayan karut marut orang kita terhadap benda alah nie cukup tinggi . sakit hati punya pasal sampai sanggup ketepikan Allah . sedangkan azab yang bakal diterima di akhirat kelak lebih teruk dari kepuasan yang diaorang dapat dengan mengenakan orang sedemikian rupa .

bercakap melalui pengalaman kawan - kawan , encik honda salah seorang mangsa santau . tengok dari segi luaran , encik honda memang nampak sihat . dari segi dalaman just encik honda yang boleh rasa . bermula dari batuk - batuk biasa kemudian makin teruk sampai ke peringkat batu berdarah . takot bila ct dengar cerita encik honda .

mana taknya , dari doktor biasa sampai ke doktor pakar encik honda rujuk , tapi doktor still cakap yang sakit dan batuk just berpunca dari suhu dalaman badan yang terlampau tinggi then buat tekanan darah pon jadi tinggi . mungkin logik dari segi sains dan jugak bagi kita yang percaya dengan ilmu sains nie .

lepas berubat cara moden , encik honda berubat pulak cara tradisional . melalui ustaz , encik honda dikatakan terkena santau buatan dari orang yang dengki dengan kenaikan gaji . dengan benda macam tuu pon orang boleh dengki sampai sanggup amalkan amalan sihir menyihir nie .

ct hairan betul , zaman serba canggih nie pon masih ada orang yang sanggup menggunakan ilmu hitam dan kotor untuk mengubah kehidupan orang lain , semata - mata bagi mencapai kepuasan hati . nauzubillahiminzaliq . mintak dijauhkan dari semua tuu .

so far , alhamdulillah . encik honda dah sihat . lebih kurang two weeks tak jumpa encik honda , harap - harap beliau dah sihat sepenuhnya . jumaat nanti encik honda dah balik melaka , wait and see dengan perubahan diri beliau . :)


terima kasih sudi singgah . :)
Posted by Unknown No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Birthday Cik Ted

Assalamualaikum.

kali nie ct rajinkan diri mencuri masa study untuk publish kan entri pasal birthday cik ted . entri yang agak santai tapi bagi ct birthday cik ted kali nie memang enjoy sangat . haha

cik ted yang ct maksudkandekat sini bukannya cik ted versi bear - bear yang gegirl zaman sekarang nie buat peluk tidur . korang jee yang buat peluk tidur . ituu korang punya cik ted . ct punya cik ted lain . memang lain sangat pon .

cik ted yang ct maksudkan ialah kawan ct . nama penuh beliau siti hajar muslim . gabungan dari nama tuu so , kiteorang panggil dia SHAM . unik kan ? sekali dengar macam nama lelaki . cik ted ct nie omey angat ! haha

memandangkan perwatakan sham yang a\chubby , tembam - tembam cute comney nie , maka sesuai laa ct panggil beliau dengan gelaran cik ted . heee :D

15 april lepas birthday cik ted . ct pon kemain semangat bungkus beg baju nak p lepak rumah sewa cik ted . kununnya nak bagi surprise , tapi hampeh . plan punya plan semua tak menjadi . last - last kiteorang berlima pon dah malas nak fikir nak kasi surprise ape kat cik ted .

pada malam kejadian , heee bajet kemain ct tulis entri nie . huhu . okey , malam tuu semua orang laqho study  . pulun giat mara menghadap buku , latihan bagai . senang citer semua terbongkang depat ruang tamu menelaah buku . tak sedar yang jam dah makin dekat dengan pukul 12.00 am .

semua pakat buat dun know macam takkan jadi pape je . ct kemain semangat bangun terus ke dapur . selongkaq habis semua benda dalam peti nak cari bahan untuk kenakan cik ted . selalu sangat orang main baling - baling tepung kan ? haa kali nie tak lagi .

ct tau , semua budak rumah tak suka tempoyak melainkan dua orang housemate yang memang suka sangat makan tempoyak . ahli rumah dari kedah yang majoriti menghuni rumah tersebut memang pantang sangat dengan bau tempoyak nie . pantang sangat - sangat .

ct kemain lagi buat bancuhan tepung dengan dua biji telur , dua sudu besar tempoyak dan di tambah dengan perisa masin oleh kicap . kununnya dah cukup complete adunan tuu untuk kenakan cik ted . rupanya tak .

kawan lagi sorang bersemangat betul beliau picit nila dalam adunan tu . hahaha . tak dapat ct bayangkan warna ape yang akan jadi nanti . biru pekat beb . yang nak disapu bukan pada baju . tapi pada badan cik ted . biru anak orang tuu. haha

kesian cik ted . teruk jugak kena buli dengan kiteorang . habis satu bancuhan tepung dengan tempoyak tuu dia kena simbah . siap lari - lari sampai luar pagar lagi . tak nak masuk rumah . haha . berubah putih rambut cik ted dengan tepung . baru sambut birthday kepala dah beruban . hee :D

ape - ape pon , buat cik ted , semoga awak bahagia di samping insan tersayang . jangan jadikan kekurangan yang ada pada sham sebagai satu kelemahan . bagi kak ct , sham cukup comel dengan sifat yang ada pada sham . orang chubby nie bukan gemuk . tapi damn cute . cute sangat .

lots of love ♥


terima kasih sudi singgah . :)
Posted by Unknown No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 12 April 2013

Wechatt

Assalamualaikum.

Bercakap pasal wechat rasanya ramai orang kat luar sana dah tau kan ? Tipu laa cakap tak tau . Sebut jee wechatt , ct laa orang paling lambat dapat tau pasal mende alah nie dan orang paling lambat jugak download mende alah tersebut .

Haha . Rase diri tersangat ketinggalan kan . First time kawan suruh download wechatt ct siap tanya lagi . Menatang ape tu ? :D

Buka facebook orang sibuk cakap pasal wechatt . Buka twitter pon ramai orang tweet pasal wechatt . Adik kat sebelah sibuk tanya tak download wechatt ke . Dan macan - macam lagi laa .

Ct pon kemain jugak laa teruja tu . Dengan pulun giat marah ambik handphone then terus doenload wechatt walaupon internet bergerak dengan sopan - santunnya ibarat semut berjalan , pon ct sabarkan jugak hati download mende alah tersebut .

Tapi agak mencabar tahap kesabaran jugak bila download mende alah nie . Mana taknya , berminggu download baru minggu lepas done download wechatt .

Haa . Nampak tak kesengalannya di situ ? Huhu . Berbalik pada wechatt , ct enjoy jugak laa dengan menatang nie . Mana taknya siap boleh walkie talkie lagi .

Tapi yang tak bestnya ct tak boleh nak buat video call . Ci handphone sony ct takde camera depan . Ade satu hari tuu kawan buat video call . Ct angkat call tapi menghadap handphone ke belakang . Gara - gara kawan nak jugak tengok muka ct . Wuu . Betapa tahap kesedihan sangat melampau - lampau di situ .

Ape - ape pon , wechatt nie betol - betol melaqhokan ct . Haha . Ye laa , kalau dah 24 jam asyik dok syok sorang - sorang bercakap walkie talkie depan handphone . Tak ke melalaikan ? Huhu .

Anyway , sekarang musim wechatt fever . So , kalau rajin dan tahap kesudiaan tengah melampau - lampau sekarang nie , boleh laa add ct on wechatt ID DhiaFatimah .


Terima kasih sudi singgah :)
Posted by Unknown 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Stalker

Assalamualaikum.

Sebelom tidur tetiba jadi teringin nak update entri . Gara - gara stalker facebook someone tadi . Tapi tak perlu laa ct mention kan sape gerangan beliau .

Cukup sekadar ct cakap beliau memang ade kaitan dengan life ct dulu - dulu . Dan sekarang pon masih ade kaitan lagi dengan beliau , iaitu kenangan .

Dari apa yang ct nampak , beliau dah makin happy dengan kehidupan beliau . Bahagia tersenyum di samping insan - insan yang beliau sayang .

Ct tumpang happy . Apa yang berlaku , ct anggap nir semua aturan dari Allah . Sebagai hambaNya , ct patot terima qada dan qadar dari Allah swt . Yang paling penting takde dendam antara kami .

Perasaan yang ade dulu mungkin tak sama macam yang ade sekarang . Tak sama rasanya . Ada masam dan ada manisnya . Tapi alhamdulillah , tu semua lebih mematangkan ct . :)

Baik dari segi hati , pergaulan dan persahabatan , semuanya terbatas sekarang . Dari segi kejujuran dan kepercayaan pulak dah berbeza . Ct lebih berhati - hati .

Tapi bagus jugak la kan . Bila stalker nie , even ade something perkara yang buat hati kiya tersentap , ada baiknya jugak . Salah satunya , ct boleh tahu sama ada perasaan ct betul - betul sembuh atau tak . Hakikatnya sampai sekarang , even mulut cakap tak nak ambik tau tapi hati sebaliknya . Ye laa , mulut dengan hati mana pernah seiring .

So , untuk encik capital A , saya doakan kebahagiaan awak . Dan untuk korang yang rasa stalker tuu satu benda yang tak masok akal , jangan buat .

Bagi ct , pendapat dan pandangan orang lain - lain . Ada yang selesa dengan cara yang ct buat ada yang tak . Dan ada pulak yang cakap , buat ape nak fikir pasal di lagi ? . NO . Bagi ct , tak salah semua tu , as long as kita pandai kawal hati dan kelakuan kita .


Terima kasih sudi singgah . :)
Posted by Unknown No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sepatang Bersama

Assalamualaikum .


this is just a short entry . saja nak share sikit pasal kisah petang tadi . takde ape yang penting pon . just about me and my friends . best friends i ever had . :)

sentuh pasal entri semalam , ct ade cakap pasal kawan - kawan yang masam muka pasal rumah sewa kan ?
tapi hari nie , wahhh ! kemain lagi diaorang gelak - gelak macam takde pape . awal pagi diaorang terjah bilik ct sebab nak setel masalah . untung laa boleh discuss baik - baik .

walaupon ade yang tak puas hati tapi takde laa tahap nak kutuk belakang - belakang . lumrah hidup dan adat kita berkawan jugak kan . tak semua hati kita boleh jaga dan tak semua benda kita boleh faham . melainkan ade sesi luahan rasa dari hati ke hati jee .

happy dapat tengok kawan - kawan happy . tapi bila kawan nangis ct sama - sama join diaorang nangis . belom pernah lagi ct tengok diaorang nangis tapi ct tak nangis . sebabnya ?? ct memang kuat sentap sangat - sangat . cik hati ct nie mengada tahap anak mak cik milah sebelah umah ct tuu nak kawin . haha . takde laa , tipu jeee .

tapi petang nie memang enjoy sangat . walaupon ape yang ct story nampak macam takde pape , tapi bagi kami berlapan memang enjoy laa . haaa , gara - gara dari sesi kuat sentap , kuat touching bagai terus ke sesi luahan perasaan . punca utama , cuma nak setel down masalah perasaan sesama kita orang je sebelom habis semester empat nie .

happy endingnye , pasang movie lawak ke der , then kelak kuat - kuat versi mak milah gelak bila tengok cter spongebob . haha . kesian mak milah . tak tau ape - ape tapi nama dia yang famous lebih kat blog ct nie . nasib kau laa mak milah . heee :D

pape pon , selesai semua masalah . taip entri nie pon masih senyum - senyum lagi bila ingatkan gelak tawa kawan - kawan tahap pontianak tuu . silap - silap pontianak dengar pon lari . haha .

love you my friends :)


terima kasih sudi singgah . :)
Posted by Unknown No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sometimes

Assalamualaikum .

diri ct terasa teruja sangat bila layan lagu sometime by britney spears . dun know kenapa menusuk kalbu sangat . huhu .




You tell me you're in love with me
Like you can't take your pretty eyes away from meIt's not that I don't want to stay
But every time you come too close I move away

I wanna believe in everything that you say'
Cause it sounds so goodBut if you really want me, move slow
There's things about me you just have to know

Sometimes I runSometimes I hide
Sometimes I'm scared of you
But all I really want is to hold you tightTreat you right
Be with you day and nightBaby all I need is time

I don't wanna be so shy
Every time that I'm alone I wonder why
Hope that you will wait for me
You'll see that you're the only one for me

I wanna believe in everything that you say
'Cause it sounds so good
But if you really want me, move slow
There's things about me you just have to know

Sometimes I runSometimes I hide
Sometimes I'm scared of you
But all I really want is to hold you tight
Treat you righBe with you day and night
Baby all I need is time

Just hang around and you'll see
There's nowhere I'd rather beIf you love me, trust in me
The way that I trust in you

Sometimes I run
Sometimes I hide
Sometimes I'm scared of you
But all I really want is to hold you tight
Treat you right
Be with you day and night
Baby all I need is time.




layankan je laa lirik lagu nie . ct nak update entri explain banyak - banyak pasal lagu nie macam tak perlu jee . sebab semua boleh faham lirik lagu nie . tak tau laa kalau - kalau ada orang korea yang sudi singgah baca blog ct . haha. merepek !


terima kasih sudi singgah . :)



Posted by Unknown No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 11 April 2013

Rumah Sewa

Assalamualaikum.

sebut je pasal rumah sewa , dan - dan kepala ct jadi sakit . mana taknya , final exam dah dekat , time - time macam niee laa nak cari rumah bagai . sem depan dah kena duduk luar . asrama dah terhad . haa nie lagi satu pasal masalah yang ada kat kolej . kang tak pasal - pasal habis semua masalah di kolej jadi isu berbangkit di blog ct . huhu

final exam dah start minggu depan . mana sibuk dengan prepare untuk final lagi , mana nak pikiaq pasal rumah swa lagi , transport lagi . huhu . menjadi seribu satu beban buat ct . pasal isu rumah jugak laa ade je masalah yang timbul . terutamanya masalah antara kawan serumah . sekarang ada yang dah masam muka , buat mimik muka macam botol cuka dan yang sama waktu dengannya laah. pening kepala ct .

last - last ct bagi kata dua , sama ada duduk serumah empat orang atau serumah lapan orang . kat sini dah boleh agak . kalau korang pon mesti laa pilih satu rumah empat orang kan ? selesa dan tak banyak karenah kawan - kawan yang kita nak layan . tapi tuu laa . bila duduk empat orang sewa bulan - bulan kocek agak terasa laa sikit kalau nak bandingkan dengan duduk serumah lapan orang .

dari option yang ct bagi tu , ada yang nak duduk empat orang serumah dan ada yang nak duduk lapan orang serumah . still lagi tak puas hati kat situ . sampaikan semalam kawan - kawan dah bermasam muka . ada yang keluar angin gajah , ada yang keluar angin harimau . jenuh jugak ct nak handel .

so , jalan penyelesaiannya , ct buang satu option dan decide satu rumah lapan orang and if ada yang tak puas hati sila berjumpa face to face dengan saya . haaa tudiaaa baq hang . bunyi macam tegas padahal tak ponnnnn . haha

takpe laa sempit sikit pon . lagipon rumah yang nak menyewa nanti ada 3 bilik . dua bilik besar , satu bilik bujang . boleh laa muat - muat untuk kami berlapan . takde nak masam muka , takde nak kusut bagai lagi . setel masalah . nak gaduh or masam muka kita sambung sem depan pulak la yee. sekarang nak fokus pada final jee..


terima kasih sudi singgah :)

Posted by Unknown No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Berhabuk

Assalamualaikum.

Agak lama rasanya ct tak update entri untuk blog nie . Hari nie , tetiba tangan jadi rajin nak menaip entri untuk blog tak seberapa nie . Agak banyak rasanya story yang ct nak share kat sini , ESPECIALLY lah pasal final exam . -.-

Bercakap pasal final exam , hamaigad , kelipop  - kelipop mata buat - buat terkejut okeh . padahal takde mende pon. huhu . Okeh dengan seriusnya ct nak cakap paal final exam.

semalam baru je keluar jadual untuk final exam semester empat . agak teruja melihat jadual tersebut sampai laqho kemain ct tweet macam - macam pasal jadual tuu dekat twitter . saja nak menunjukkan betapa eksaitednya ct nak ambik final exam . padahal study pon belom . -.-

wuuu . sumpah tak ready lagi nak ambik final . sem nie banyak main - main sangat . lecture sibuk mengajar kat depan , ct sibuk mengajar kawan - kawan tweet kat belakang . haha . takde laa . tipu jeee . sem nie kurang fokus . alasan wajib ct boleh bagi ialah ct tak boleh fokus sebab terlalu banyak calculation . damn much calculation okey .

untuk orang yang cerdik pandai matematik macam ct nie yang selalu dapat matematik AE masa sekolah dulu , amat lah menjadi masalah besar bagi golongan - golongan macam ct nie . nak harapkan calculator pon tak mampu kalau rumus dalam akaun langsung takde kaitan dengan nombor - nombor bagai nie . dan untuk kesekian kalinya , menghafal rumus jugak menjadi satu kemalasan wajib , haaa wajib terus untuk ct .

diselitkan lagi dengan alasan , alaaa ... asal pegang buku akaun je mengantuk , hai dugaan betul tengok rumus banyak - banyak nie , macam mana nak hafal nie , pon boleh dijadikan alasan logik dan buat - buat logik oleh ct . alasan budak rajin laa kata khoooonnn . haa , sekali dengan dengan idgham wajibal qhunnah gituu . haha .

exam start 19 haribulan empat 2013 . bak cakap madam ct , lambat lagi . sempat lagi nak prepare apa yang patot . tuu kata madam . kata ct pulak , waaaaaa sempat laa ct golek - golek , makan tido , main facebook , update blog tweet bagai . haaa , nampak tak permainannya kat situ ? huhu

untuk sekian masa yang ada nie , insyaAllah , ct dengan usaha pulun gigih giat mara akan cuba dan teus mencuba ditukar kepada WAJIB mencuba untuk study dengan bersungguh - sungguhnya . tak mau kununnye lagi . nie memang betul - betul .

okey out dulu .

terima kasih sudi baca . :)
Posted by Unknown No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Tetamu Cik Siti

Pain will make people change
So, dont let this world change ur smile
Smile even if it hurt
Because miracles happen every day

Sumpahan Cik Siti


sometime god doesn't give you want what you think you want..not because you don't deserve it, but because you deserve it better..:)
2013

Cik Blog

Cik Siti
18 Mei 1990
Sweet 23
Kedah
Taken By : Teeetttt..????

Rutin Cik Siti

FACEBOOK
TWITTER
BLOGWALKING

Blog Archive

  • ▼  2013 (25)
    • ▼  April (10)
      • Exam Fever !
      • Dear Calculation
      • Encik Honda
      • Birthday Cik Ted
      • Wechatt
      • Stalker
      • Sepatang Bersama
      • Sometimes
      • Rumah Sewa
      • Berhabuk
    • ►  March (15)
  • ►  2012 (64)
    • ►  October (3)
    • ►  September (33)
    • ►  August (28)

Music










background