-->
Cik Siti
WELCOME.. CIK SITI IN THE HOUSE.. ♥ ^^


Get your own Digital Clock

Monday, 18 March 2013

Tanya Sama Hati

Assalamualaikum.

Entri kali nie sedikit berbeza. Sedikit sebanyak ct akui mungkin bakal menyentuh banyak hal berkaitan hati. Hati dan perasaan. Sesuatu yang unit ciptaan ilahi. Hati dan perasaan jugak kadang - kadang buat ct hanyut dengan dunia perasaan ct sendiri. Menaip entri tanpa arah tuju. Mengikut rentak yang di mainkan oleh hati yang terluah oleh perasaan.

Setiap manusia punya hati dan perasaan. Pernah suatu ketika dulu, tatkala hati di buai rasa kasih yang menggunung, saat itu jugak insan yang ct percaya dan sayang rosakkan semua kepercayaan yang ada. Impian suatu ketika dulu pernah di rancang bersama sedikit demi sedikit terhakis dek kerana hambatan perasaan yang tak pernah puas. Dari situ, wujud satu pertanyaan jauh dari sudut hati yang selama ini terlalu yakin dengan kehadiran beliau.

" ape ini mungkin petunjuk dari Allah untuk bukakan hati aku bahawa beliau bukan tercipta untukku ? "

Kala hati tercari - cari jawapan yang pasti, timbul satu perasaan yang asing. Kalau dulu beliau menjadi orang yang aku sayang tapi kini semakin jauh dari gapaian jasad, semakin kusut dari skala otak yang berputar laju setiap kali memikirkan tentang beliau. Apa lagi yang harus di tangisi saar diri tidak dihargai. Buat ape terkejar - kejar benda yang belom pasti sedangkan Allah lebih mengetahui semua yang terbaik untuk ct. Bila dilanda masalah hati dan perasaan, secara tak langsung buat jiwa menjadi penat akibat himpitan perasaan.

Dari situ jugak ct dapat rasakan tiupan semangat dari tikar sejadah. Menyerahkan segala bentuk kejadian hati dan perasaan hanya pada Allah. Penat mengejar cinta dan kasih sayang dari manusia bernama lelaki yang tak pernah menghargai diri ini, ct semakin mendekatkan diri mencari cinta yang tulus dan sejati dari Allah swt.

Alhamdulillah. Saat diri tergapai - gapai mencari kekuatan diri, Allah sentiasa di sisi. Biarpun hati sakit menangisi perbuatan manusia, namun ct tanamkan dalam hati. Mungkin bukan jodoh. Mungkin juga belom jodoh kita lagi. Tapi hati yang degil ini masih tetap menyayangi diri insan yang acap kali memainkan hati ct ibarat bola di padang. Di sepak di tendang ibarat tiada hati dan perasaan.

Tetima kasih wahai sayang. Hampir setahun berlalu tapi hati ct masih kuat untuk awak. Benar kata orang. Ikotkan hati mati. Tapi sekarang ct follow jalan yang Allah aturkan. Mungkin sampai masanya ct lepaskan awak jauh dari hati ct dan doakan yang terbaik untuk kehidupan akan datang kita. Perkara lepas dikenang tak guna. Entri ini ct jadikan sebagai salam rindu terakhir ct untuk awak.

Namun, jauh dari sudut hati ct berharap sangat ct takkan berjumpa dengan awak lagi di dunia ini. Mohon diri mengundur jauh dari kisah hidup yang pernah ada kaitan dengan awak.

" jika menyayangi, jangan menyayangi sepenuh hati. Jika mencintai, jangan menyintai sepenuh hati. Dan jika mempercayai, jangan mempercayai sepenuh hati ".

Ct pegang ayat ini seumur hidup. Kesilapan lalu ct akan simpan kemas dalam lipatan hati. Dari mencari cinta manusia, lebih baik mencari cinta Allah. Lebihkan cinta Allah dari cinta manusia akan buat hati lebih tenang dari apa yang kita sangkakan.

Pesanan buat semua. Maafkan diri yang serba kekurangan ini, andai kata entri ct kali ini banyak berkisar tentang rasa hati ct. Mungkin setengah orang akan cakap ct kurang matang dalam mengejar cinta manusia bernama lelaki. Hakikatnya hanya Allah yang tahu apa kejadian sebenarnya yang berlaku.

Salam sayang jauh dari sudut hati.


P/s : terima kasih sudi singgah :)
Posted by Unknown
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Tetamu Cik Siti

Pain will make people change
So, dont let this world change ur smile
Smile even if it hurt
Because miracles happen every day

Sumpahan Cik Siti


sometime god doesn't give you want what you think you want..not because you don't deserve it, but because you deserve it better..:)
2013

Cik Blog

Cik Siti
18 Mei 1990
Sweet 23
Kedah
Taken By : Teeetttt..????

Rutin Cik Siti

FACEBOOK
TWITTER
BLOGWALKING

Blog Archive

  • ▼  2013 (25)
    • ►  April (10)
    • ▼  March (15)
      • Kejutan Dari Junior
      • Tanya Sama Hati
      • Sakit Kepala
      • Padah Perakaunan
      • Malam Manifesto MPP
      • Beep. Beep.
      • Salam maghrib
      • Ct vs Siti
      • Selamat Pagi
      • Dear Costing
      • Dear Accounting
      • Ct dan Pasar Malam
      • Test Week
      • Cik Handphone
      • Welcome Back
  • ►  2012 (64)
    • ►  October (3)
    • ►  September (33)
    • ►  August (28)

Music










background