-->
Cik Siti
WELCOME.. CIK SITI IN THE HOUSE.. ♥ ^^


Get your own Digital Clock

Monday, 18 March 2013

Kejutan Dari Junior

Assalamualaikum.

Ketika sedang menaip entri nie, hati ct happy sangat. Guess what make me happy ? :)

Ehem - ehem !
Tak payah nak peningkan kepala main teka - teki apa yang buat ct happy. Meh sini nak story. Al - kisah laa hari ini 18 Mac 2013. Dengan jadual kelas yang packed bagai menjadi longgar apabila lecture membatalkan kelas akibat terkena virus kurang sihat. Jadi, ct pon lepak laa kat bilik. Junior - junior yang ada kemain lagi tilik ct punya jadual kelas, then siap tanya lagi.

" eh, kak ct takde kelas ke ? Bukan packed ke jadual hari nie ? "

Ct pon jawab laa..

" ha'ah memang laa packed. Tapi ade lecture cancel class. Tuu yang agak bersenang - lenang sikit layan movie. Petang nanti baru ade kelas. Kenapa ? "

Junior jawab balik.

" eh takde ape. Saje tanya ".

Senyum sambil buat muka macam kerang busuk. Opss. Haha. Kesian kau dik.

Dalam pukul 4.50 pm ct pon gerak laa ke kelas account. Dalam satu jam lebih, kelas dismiss. Maka segerombolan pelajar account pon balik laa dengan lemah gemalai bajet ayu gitu. Sampai depan bilik, ct dengan lunak merdu suara yang lemah lembut lagi sopan santun nie pon bagi laa salam.

Assalamualaikum :)

Junior dalam jawab salam ct dan dalam masa yang sama semua pakat buat - buat sibuk. Sibuk yang agak luar biasa bagi ct tatkala maghrib bakal menjengah tak lama lagi. Selalu time - time macam nie diaorang dah relaxs dalam bilik tunggu azan bunyi. Nie lain macam jee.

Sampai kat meja study ada laa satu bungkusan beg nie. Ct pon hairan laa. Beg sape laa sepah - sepah kat meja ct tuu. Bila tanya junior semua cakap " kak ct punya. Tadi boyfriend kak ct kasi ".

Dengan muka konpius ct fikir. Bila masa pulak ct ade boyfriend. Tengok muka junior sekot - sekor da senyun sambil wish happy birthday. Aii. Demam ke ape diaorang nie. Kot yee pon tension dengan study takkan sampai dah tak pandai nak tengok kalendar. Ct punya birthdat lagi dua bulan kot. Huhu

Rupanya junior nak kasi surprise awal. Sebab bulan lima nanti semua tengah cuti semester. Kununnya tak dapat nak sambut birthday sama - sama dengan ct. Oh tuhan. Terharunya aku -_-

Tsssk. Tsskkk. Punya terharu ct dengan keprihatinan junior yang baik hati nie. Alahai. Terima kasih ye korang semua.


P/s : terima kasih sudi singgah ;)
Posted by Unknown No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tanya Sama Hati

Assalamualaikum.

Entri kali nie sedikit berbeza. Sedikit sebanyak ct akui mungkin bakal menyentuh banyak hal berkaitan hati. Hati dan perasaan. Sesuatu yang unit ciptaan ilahi. Hati dan perasaan jugak kadang - kadang buat ct hanyut dengan dunia perasaan ct sendiri. Menaip entri tanpa arah tuju. Mengikut rentak yang di mainkan oleh hati yang terluah oleh perasaan.

Setiap manusia punya hati dan perasaan. Pernah suatu ketika dulu, tatkala hati di buai rasa kasih yang menggunung, saat itu jugak insan yang ct percaya dan sayang rosakkan semua kepercayaan yang ada. Impian suatu ketika dulu pernah di rancang bersama sedikit demi sedikit terhakis dek kerana hambatan perasaan yang tak pernah puas. Dari situ, wujud satu pertanyaan jauh dari sudut hati yang selama ini terlalu yakin dengan kehadiran beliau.

" ape ini mungkin petunjuk dari Allah untuk bukakan hati aku bahawa beliau bukan tercipta untukku ? "

Kala hati tercari - cari jawapan yang pasti, timbul satu perasaan yang asing. Kalau dulu beliau menjadi orang yang aku sayang tapi kini semakin jauh dari gapaian jasad, semakin kusut dari skala otak yang berputar laju setiap kali memikirkan tentang beliau. Apa lagi yang harus di tangisi saar diri tidak dihargai. Buat ape terkejar - kejar benda yang belom pasti sedangkan Allah lebih mengetahui semua yang terbaik untuk ct. Bila dilanda masalah hati dan perasaan, secara tak langsung buat jiwa menjadi penat akibat himpitan perasaan.

Dari situ jugak ct dapat rasakan tiupan semangat dari tikar sejadah. Menyerahkan segala bentuk kejadian hati dan perasaan hanya pada Allah. Penat mengejar cinta dan kasih sayang dari manusia bernama lelaki yang tak pernah menghargai diri ini, ct semakin mendekatkan diri mencari cinta yang tulus dan sejati dari Allah swt.

Alhamdulillah. Saat diri tergapai - gapai mencari kekuatan diri, Allah sentiasa di sisi. Biarpun hati sakit menangisi perbuatan manusia, namun ct tanamkan dalam hati. Mungkin bukan jodoh. Mungkin juga belom jodoh kita lagi. Tapi hati yang degil ini masih tetap menyayangi diri insan yang acap kali memainkan hati ct ibarat bola di padang. Di sepak di tendang ibarat tiada hati dan perasaan.

Tetima kasih wahai sayang. Hampir setahun berlalu tapi hati ct masih kuat untuk awak. Benar kata orang. Ikotkan hati mati. Tapi sekarang ct follow jalan yang Allah aturkan. Mungkin sampai masanya ct lepaskan awak jauh dari hati ct dan doakan yang terbaik untuk kehidupan akan datang kita. Perkara lepas dikenang tak guna. Entri ini ct jadikan sebagai salam rindu terakhir ct untuk awak.

Namun, jauh dari sudut hati ct berharap sangat ct takkan berjumpa dengan awak lagi di dunia ini. Mohon diri mengundur jauh dari kisah hidup yang pernah ada kaitan dengan awak.

" jika menyayangi, jangan menyayangi sepenuh hati. Jika mencintai, jangan menyintai sepenuh hati. Dan jika mempercayai, jangan mempercayai sepenuh hati ".

Ct pegang ayat ini seumur hidup. Kesilapan lalu ct akan simpan kemas dalam lipatan hati. Dari mencari cinta manusia, lebih baik mencari cinta Allah. Lebihkan cinta Allah dari cinta manusia akan buat hati lebih tenang dari apa yang kita sangkakan.

Pesanan buat semua. Maafkan diri yang serba kekurangan ini, andai kata entri ct kali ini banyak berkisar tentang rasa hati ct. Mungkin setengah orang akan cakap ct kurang matang dalam mengejar cinta manusia bernama lelaki. Hakikatnya hanya Allah yang tahu apa kejadian sebenarnya yang berlaku.

Salam sayang jauh dari sudut hati.


P/s : terima kasih sudi singgah :)
Posted by Unknown No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 14 March 2013

Sakit Kepala

Assalamualaikum.

Sumpah ct rasa macam nak keluarkan jee otak ct nie. Dah jammed teruk. Tahap teruk sangat. Sakit kepala. Wuuu t_t.

Nie semua account punya pasal. Pasal test bagai laa. Kunun boleh bawak balik soalan. Sekali nak cuba jawab soalan, nah !!! Ambik hang. Bapak susah kemain lagi. Nak jee ct cakap kat sir account esok.

" sir memang baik sebab bagi kitaorang bawak balik kertas soalan. Tapi baik sir tak bertempat pulak bila soalan yang sir bagi bukan main susah lagi ".

Agak - agak laa kan. Kalau ct cakap dekat sir macam tuu esok, macam kurang ajar tak ? Sebab ct sekarang nie memang tengah kurang pengajaran pasal ilmu akaun nie. Tuu pasal laa ct tak dapat jawab semua soalan test tuu.

Waaa. Tadi siang 5 jam ct hadap kertas akaun. Hasilnya, HAMPEH. Langsung tak faham ape benda yang di carutnya. Balasan ct main - main dalam kelas kee nie ? Oh tuhan -_-

Nak jee ct call mak tanya pasal akaun nie walaupon dari segi logik mak tak pernah belajar pasal akaun. Hah. Kronik laa ct. Sakit jugak kalau terus - terusan macam nie. Boleh sakit jantung di buatnya.

Dear sir akaun. Terima kasih banyak untuk soalan test two tersebut. Sir memang best laaaaahhhh ! -_-


P/s : terima kasih sudi baca ;)
Posted by Unknown No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 13 March 2013

Padah Perakaunan

Assalamualaikum.

Tskk. Tskk. Tragis laa sangat. Belom ape - ape da buat mukadimah sedih bagai. Haish.

Tapi memang ct tengah sedih. Kalau semalam kemain seronok ct dapat tau test account cancel, hari nie ct sedih sangat sebab test account di buat mengejut. Mak aii. Macam nk komot - komotkan jee paper accout tuu. Biar tak payah jawab test. Dan biar padan dengan muka ct sebab tak study pulun giat mara. Huh !

Sir masok kelas tadi ingat nak bincang pasal tutorial. Rupanya tak. Dengan selamba badak beliau jalan ke arah student sambil pegang kertas banyak - banyak. Then sir cakap macam nie. " okey nie kertas soalan test two kamu. Dan hari nie saya nak buat test ". Terus tercengang - cengang semua orang bagai kelas di landa garuda. Kununnye laaa..

Tak lama lepas tu mula laa bunyi desas - desus, main bisik - bisik bagai. Ada yang siap buat muka merengek dengan niat sir akan lembut hati. Hm takde maknanye. Sir account ct jenis yang kuat iman kebal hati. Kebal laa sangat kannn. Dia sikit pon tak layan segala jenis mimik muka semua tu. Nak tak nak, ct yang baik hati nie pon cakap takpe laa. Redha je laa. Semua pakat tak study, kompom result test nanti lebih kurang je. Silap - silap ade yang selak buku tengok rumus. Alah, macam ct tak tau. Huhu.

Tetibe lepas semua cool down dah tak tunjuk protes sir bunyi. Ehem ! Ehem !. Dengar dulu saya cakap. Kertas tuu korang boleh bawak balik sebagai AMANAH saya dan di HARAMKAN meniru, berbincang, bertanya dan yang sama waktu dengannya KECUALI boleh tengok rumus dalam buku.

Grrrrr. Sampai macam tuu sekali sir ? Besar kemain amanah beliau dengan ayat " sesiapa yang melanggar amanah saya, sesuatu akan berlaku pada kertas soalan kamu ". Hah sungguh dasat penangan student accounting. t_t


P/s : terima kasih sudi singgah. :)
Posted by Unknown No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Malam Manifesto MPP

Assalamualaikum.

Empat semester kat kolej, ini kali pertama ct join manifesto Majlis Perwakilan Pelajar.

Agak huru - hara pada permulaan majlis. Tapi warden yang garang dapat handel dengan baik. Suasan kecoh dah macam mengundi gaknya. Wakil kelas ct berucap jee kemain riuh siulan dari pelajar lelaki.

Dalam 18 pelajar yang tercalon, ct pon konpius nak undi yang mana satu. Semua calon kemain hebat dengan manifesto masing. Macam - macam janji - janji melayu yang disuarakan. Hasilnya tunggu dan lihat saje nanti.

Ape - ape pon ct ucapkan tahniah untuk semua wakil pelajar yang tercalon .


P/s : terima kasih sudi singgah. :)
Posted by Unknown No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Beep. Beep.

Assalamualaikum.

Rasa nak jerit kuat - kuat jeee masa taip entri nie. Padahal sebelom update entri kemain kuat dah ct jerit. Haha.

Nak tau kenapa ? Meh sini nak story. Tadi maghrib kemain panjang doa ct mintak Allah permudahkan soalan test account esok. Tetiba dapat mesej dari budak kelas ct.

" test account untuk esok di batalkan "

Hahaha. See. Dah gelak besar ct. Mana taknya. Dengan kepala kusut bagai, tetibe dapat mesej test dibatalkan. Nikmat keseronokkan tuu timbul serta - merta. Hilang terus kekusutan yang ada. Huhu

So, ape lagi. Lempaq semua buku bagai. Then siap - siap terjah hall. Ada majlis best kat sana. ;)


P/s : terima kasih sudi singgah ;)
Posted by Unknown No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Salam maghrib

Assalamualaikum.

Matahari kian terbenam. Ape lagi yang di tunggu. Sebagai hamba-Nya kita wajib mentaati perintah dan suruhan dari Allah.

Mukadimah entri kemain bajet diri ala - ala peserta milenia. :p. Tak kisah laa kan, yang penting niat nak ajak orang ramai ke arah kebaikan tuu tercapai. Maghrib yang lagi seminit dua bakal kunjung tiba dengan laungan azan, dan ct masih lagi leka menekan keypad handphone untuk sudahkan entri.

Maklum je laa, lappy dah rosak bagai. Harapkan handphone je laa. Buka nak cakap ct pakai handphone mahal ke ape, tapi sekadar nal berkongsi perkara seharian yang berlaku.

Okey. Dah sampai masa untuk " berdating " dengan Allah s.w.t. Salam maghrib.


P/s : terima kasih sudi singgah ;)
Posted by Unknown No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 12 March 2013

Ct vs Siti

Assalamualaikum.

Dalam dok buat - buat kalut nie, sempat lagi ct update entri. Sebelom kaki melangkah ke kelas, otak kemain ligat berputar buat ct semakin seronok nak update entri yang entah ke berapa entri dah untuk pagi nie. Huhu.

Mesti akan ade suara - suara sumbang berkata " ape kejadahnya budak nie update entri banyak - banyak macam nie ". Haha. Takpe cek tak kisah pon aih dengan suara - suara sumbang macam tu.

Cik ct sebelom ke kelas





Menyempat je kan. Bukan ape, saje nak tunjuk muka mintak berkat dari orang - orang berkenaan. Doakan semoga soalan test ct hari nie senang macam makan kacang.

Ooraait. I have to go now. Mak aii speaking pulak dah haaa.. Haha. Babai semua.

P/s : terima kasih sudi singgah :)
Posted by Unknown No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Selamat Pagi

Assalamualaikum.

Makin tinggi matahari, makin mengantok mata di buatnya. Okeh, macam yang di hebohkan dalam entri yang lepas, pagi nie ct ade test costing. Tepat pukul 10.30 pagi nanti, insyaAllah. Ct harap boleh jawab semua soalan.

Dah masok empat sem kat sini. Rasa macam tak percaya jee ct dag nak habis study in accounting course. Hamaigad ! Kelipop - kelipop mata buat - buat tengok kalendar. Kunun macam baru sedar laa sangat. Tapi kan, ct harap sangat dapat habiskan study di usia yang tua nie tanpa sebarang repeat paper atau repeat sem. Doakan ct yee.

Hm takpe laa. Matahari dah tinggi. Ct nak buat - buat sibuk rebut bilik air dengan junior. Wiii ;p

P/s : terima kasih sudi singgah ;)
Posted by Unknown No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Dear Costing

Assalamualaikum.

Kemain semangat ct bangun awal pagi semata - mat nak study costing. Bersengkang mata menghadap latihan, sedangkan junior a.k.a roommate yang lain kemain sedap di buai mimpi ala - ala hindustan gitu.

Rasa nervous sangat bila fikit pasal test costing nie. Soalan seciput jr, tapi calculation yang di mintak, mak aii. Tak payah cakap laa. Panjang berjela - ct cakap jugak kan -_- . Sakit kepala otak bagai plus ngantok sangat - sangat ct lempaq buang jauh - jauh. Kemain susah nak pupuk dan set ayat " study ct, study ! " biar berlumba - lumba semangat nak study datang melawan rasa ngantok.

Gara - gara otak jem takde roti bagai, ct main hentam update entri untuk cukupkan syarat kunun - kunun ct akan tinggal jejak di blog. Tak kira laa busy tahap ape pon.

Apa - apa pon, jangan lupa wish me luck.

P/s : terima kasih sudi singgah ;)
Posted by Unknown No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Dear Accounting

Assalamualaikum.

Rasa ringan beban di bahu sekarang nie. Selesai episod pulun giat mara menghadap paper accounting dalam class tadi. Bertungkus - lumus ct tekan calculator bagai nak rak. Kunun - kunun nak tunjuk kat lecture muda lagi hensem kat depan tuu, yang ct tengah perah otak jawab test beliau.


Padahal kan. Padahal kan. Huhu. Soalan test sebiji seketul sama macam latihan yang ct study semalam. Mana taknya, soalan bocor kan. Main hafal jee. Sangat mudah. Masok class tadi, terus ct tempiaskan semua yang ct hafal semalam. Kemain bersemangat ct jawab tau.

Alhamdulillah. Selesai jugak. Esok menghadap lagi test yang seterusnya. Test costing. Nasib student account macam niee laa. Hidup penuh dengan pengiraan.

P/s : terima kasih sudi singgah ;)
Posted by Unknown No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 11 March 2013

Ct dan Pasar Malam

Assalamualaikum.

Entri kali nie sekadar untuk berkongsi tentang ct dan suasana di pasar malam. Tajuk entri mungkin akan buat orang fikir " ape kejadahnya update tajuk macam tu". Huhu. Tak kisah laa tapi ct cuma nak kongsi sikit tentang tempat kejadian yang ct maksudkan.

Last weekend, ct dengan kawan terjah pasar malam masjid tanah. Bukan nak cerita pasal tuu kali pertama ct ke pasar malam tapi nak bagitau pasal golongan OKU kar sana. Ct kerap pergi ke pasar malam masjid tanah tiap hari ahad. Dan kat sana rata - rata lorong mesti ada golongan OKU pangkat tok wan ct.

Tiap kali terpandang diaorang, terdetik di hati ct. Macam mana diaorang boleh sampai sini ye ? Sape yang bawak diaorang ? Mana anak - anak diorang ? Dan bersusun - susun lagi laa soalan yang menerjah kepala otak ct. Kadang - kadang kesian pulak tengok diorang. Bagi orang yang student macam ct nie, ape sangat yang mampu di sumbangkan. Sekadar sumbangam ikhlas yang termampu jee.. ;(

Walaupon dah tua dan memegang status OKU, diorang tetap gigih mencari sesuap nasi. Di situ, timbul pula rasa insaf dalam diri ct yang tak tau nak bersyukur dengan apa yang ct ada sekarang. Mengucap seratuspatbelas kali dalam hati. Insaf seketika. Tsssk t_t

Apa pon, ct harap takkan ada orang lain yang menindas dan mengambil kesempatan dengan golongan OKU nie. Kalau diaorang yang OKU tuu sanggup bekerja cari duit walaupon sekadar menyanyi di pasar malam, takkan kita yang sihat tubuh badan nie tak boleh kerja macam diaorang jugak kan. So, tepuk dada tanya hati. Apakah selama nie kita bersyukur dengam nikmat kesihatan tubuh badan yang Allau bagi ? Renung - renungkan. Jugak peringatan untuk diri ct jugak.

P/s : tetima kasih sudi singgah ;)
Posted by Unknown No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Test Week

Assalamualaikum. :)

Minggu nie adalah minggu yang paling huru - hara untuk ct. Test week bagai. Dengan assignmentnya lagi. Dengan perasaan malas kian menjadi - jadi. Makk aii. Rasa macam nak jee bungkus beg baju balik kampung. Tinggal keserabutan yang teramat nie. - Nie laa ct. Susah sikit je dah tak nak. Ish. Ish. Ish -

Hari nie paper pertama ct untuk test two. Agak nervous. Mana taknya subjek nie agak complicated sikit. Subjek accounting yang dicampur dengan saham bagai. Bagi orang macam ct yang dah sedia maklum otak selow tahap ciput nie ofkos laa harus ada rasa nervous. Nak - nak paper accounting kali nie bermain dengan calculation. Kelemahan ct - tak suka calculation tau tak. Wuuu t_t -

Tapi apa - apa pon , harap ct dapat jawab dengan baik. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan urusan test ct hari nie. Wish me luck okey ! :)


P/s : terima kasih sudi singgah :)
Posted by Unknown No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 6 March 2013

Cik Handphone

Assalamualaikum.

Selamat hari khamis. ;)
Hari nie kemain semangat ct bangun tidur bercampur terkejut. Mana taknya. Handphone " mahal " terjatuh dari katil dua tingkat tau. Bukan tingkat dua. Tak faham laa ct. Sejak dua menjak nie ehh silao. Sejak sehari dua nie handphone kerap betul terjun katil dengan sendirinya.

Huhu. Mana taknya. Sejak ct dapat rebat telefon ditambah pulak duit "ptptPU" yang ayah angkat bagi, kemain suka lagi handphone ct terjatuh. Dah gaya mintak ditukar yang baru je. Kunun - kunun ct nak beli handphone laa sangat khooon. Memang taknya kalau nak harapkan duit sendiri. Untung jugak dapat rebat telefon walaupon cuma rm200. Rasa bersyukur dan terharu laa jugak sebab dapat rebat telefon tuu. Mana taknya. Ct siap tunjuk ehh bukan, siap tayang lagi kat kawan - kawan. Nak - nak adik- adik yang bawah umur tuu. Haha.

Dengan bongkaknya ct buka wallet then tunjuk kat diorang. Ayat selalu diguna pakai " korang adeee keee ? Takde kannnn ? " bhaha. Jahat tak ct. Jahat tak ? Takpe - takpe ct tau korang mesti akan jawab " tak pun ". Hihi

Tapi apa pun, ct masih dalam dilema. Dihantui oleh berbagai jenis hantu telefon. Dilema laa sangat kannn. -_-. Apa- apa pun yang pasti, ct takkan beli handphone yang harganya rm400 ke atas. Menurut perkiraan bajet 2013, ct berada di tahap kurang mampu nak beli handphone dalam lingkungan harga berkenaan. Tsssk -_-. Nak jimat punya pasal. Takpe yang penting ct tak menyusahkan duit maka ayah sudah. Tapi ct menyusahkan duit yang ayah angkat ct bank in seketul bak isnin lepas. Belum ditolak yuran n beli benda alah bagai. Entah berapa yang tinggal agaknya. Wuu..

Takpe - takpe. Paling penting niat nak dapat galaxy young versi hello kitty harus tercapai. Err tu termasuk ke tidak dalam azam 2013 ct ?. Mata dah naik simbol hello kitty. Cukup minggu, weekend nanti nak terjah bandar melaka tebut rebat telefon. Disimpan lama - lama takut terlepas tarik kan dah rugi. ;p

P/s : terima kasih sudi baca ;)
Posted by Unknown No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 5 March 2013

Welcome Back

Assalamualaikum

Rasanya dah terlalu lama sangat ct tak sentuh blog sendiri.

Last bagi sentuhan time hati tengah melalui fasa huru hara. Tapi sekarang, alhamdulillah. Hati dah good - good. ;)

Kali pertama jari menari di atas keyboard mesej. Menaip entri pertama untuk permulaan tahun 2013. Ketinggalan yang amat. -_-

Tapi yang pasti, insyaAllah dunia blogger akan ct dalami sedikit demi sedikit. Cukup untuk kepuasan diri sendiri.

Taip entri tanpa sebarang idea. Hanya mengikut rentak hati dan melodi dari ingatan serta mengikut lirik yang sepatutnya.

Apa - apa pon nak jugak ct ucapkan tahniah untuk diri sendiri sebab berjaya taip satu entru di blog untuk tahun nie.

So, tahniah untuk diri sendiri.
Sila bagi tepukan untuk ct. Haha

Sekian. Wassalam ;)
Posted by Unknown No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Tetamu Cik Siti

Pain will make people change
So, dont let this world change ur smile
Smile even if it hurt
Because miracles happen every day

Sumpahan Cik Siti


sometime god doesn't give you want what you think you want..not because you don't deserve it, but because you deserve it better..:)
2013

Cik Blog

Cik Siti
18 Mei 1990
Sweet 23
Kedah
Taken By : Teeetttt..????

Rutin Cik Siti

FACEBOOK
TWITTER
BLOGWALKING

Blog Archive

  • ▼  2013 (25)
    • ►  April (10)
    • ▼  March (15)
      • Kejutan Dari Junior
      • Tanya Sama Hati
      • Sakit Kepala
      • Padah Perakaunan
      • Malam Manifesto MPP
      • Beep. Beep.
      • Salam maghrib
      • Ct vs Siti
      • Selamat Pagi
      • Dear Costing
      • Dear Accounting
      • Ct dan Pasar Malam
      • Test Week
      • Cik Handphone
      • Welcome Back
  • ►  2012 (64)
    • ►  October (3)
    • ►  September (33)
    • ►  August (28)

Music










background